Thursday, December 9, 2010

Pondok Hidayatullah

LATAR BELAKANG

            Pondok ialah satu sistem pengajian tradisional ilmu-ilmu Islam, Al Quran dan Bahasa Arab yang menggunakan kitab-kitab yang muktabar karangan ulamak-ulamak terkenal di dalam Bahasa Melayu dan Arab yang diajar secara talaqqi dari kalimah ke kalimah, bab ke bab, kulit ke kulit, tanpa meninggalkan satu juzu’ daripada kitab tersebut, tahap demi tahap. Pencapaian adalah sejauh mana para pelajar dapat membaca, menghafal dan memahami teks kitab-kitab muqarrar dan berkebolehan memahami teks dari kitab-kitab yang lain.




OBJEKTIF

Pondok Hidayatullah bercadang untuk membangunkan surau bagi kemudahan kepada penuntut-penuntutnya. Tujuan surau Pondok Hidayatullah dibina adalah untuk menjalankan program keagamaan seperti mempelajari ilmu agama melalui kuliah selepas maghrib, ceramah bulanan, dan lain-lain lagi. Pembinaan surau tersebut dianggarkan sebanyak RM 500,000.00.

            Pondok Hidayatullah juga akan mendirikan dewan dan pejabat tadbir unttuk menjalankan sebarang aktiviti pondok dan segala urusan berkaitan dengan pentadbiran pondok. Pembinaan dewan dan pejabat tadbir tersebut mempunyai anggaran sebanyak RM 350,000.00.

            Selain mendirikan surau, dewan dan pejabat tadbir, Pondok Hidayatullah juga bercadang untuk mendirikan asrama tiga tingkat untuk penginapan sepanjang penuntut berada di sana bagi mendalami ilmu-ilmu islamiah dalam keadaan yang lebih selesa. Di samping itu, Pondok Hidayatullah juga membuka penjualan pondok Semi-D bagi warga-warga emas yang berminat untuk menghayati dan mendalami pembelajaran ilmu agama dengan lebih dekat. Harga seunit pondok yang ditawarkan adalah RM 25,000.00 sahaja.




SEJARAH AWAL PONDOK HIDAYATULLAH

            Pondok Hidayatullah adalah Institusi Pendidikan Ilmu-Ilmu Islam yang berorientasikan sistem pondok dan diterampilkan dalam bentuk moden dengan mengekalkan sistem pengajian pondok tradisi serta tempat beramal dan beribadah kepada Allah SWT.

            Pengajiannya dibuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia pelajar tersebut, terletak di Lot 1169 Tanjung Kepah Batu 8 Lekir, 32020 Sitiawan Perak Darul Ridzuan.
            Pondok ini ditadbir urus oleh Ahli Lembaga Persatuan Jami’yah Raudhoh As Solihin yang didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan (ROC) yang dipengerusikan oleh Ustaz Hamid bin Hassan.




VISI & MISI

            Visi


Memperjuangkan masyarakat Islam khususnya di negeri Perak Darul Ridzuan dan umumnya seluruh Malaysia yang berilmu dan memahami Islam sebagai Ad-din yang syumul, menghayati keindahannya dan mengamalkannya dengan ikhlas untuk mencapai mardhatillah.




            Misi


Melahirkan generasi ulamak, hufaz dan golongan cendikiawan muslim yang muttaqin bagi menampung keperluan ummah Islam pada masa akan dating iaitu di bidang Pendidikan Islam serta ilmu, tarbiah dan dakwah.


Meramalkan golongan celik agama dan Al Quran di dalam masyarakat dan membimbing mereka di dalam pembelajaran Al Quran, Fardhu Ain dan bidang-bidang Agama yang lain.




PENTADBIRAN

Pondok Hidayatullah ditadbir urus oleh Ahli Lembaga Persatuan Jami’yyah Raudhah Al-Solihin yang dipengerusikan oleh Ustaz Hamid bin Hassan dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah ini terdiri daripada pelbagai latar belakang pengalaman dan profesion dari kalangan guru agama, professional, guru ahli perniagaan dan lain-lain. Berikut adalah senarai ahli Jawatan Kuasa Lembaga Persatuan:




PERSATUAN JAMI'YYAH RAUDHAH AL-SOLIHIN
SENARAI AHLI AJAWATNKUASA TAHUN : 2009-2010
BIL
JAWATAN
NAMA
NO.
TELEFON
PEKERJAAN
1
PENGERUSI
HAMID B. HASSAN
LOT 1170, TG KEPAH BT 8
LEKIR 32020
SITIAWAN PERAK
019-4141914
NAIB KADI & GURU
AGAMA, PENDAKWAH
BEBAS
2
TIMBALAN
PENGERUSI
AHMAD FAISAL B.
JAMALUDDIN
NO 10 FASA1D1, 32040
SERI MANJUNG, PERAK.
019-5597524
GURU
SEK. KEBANGSAAN
METHODIST (ACS) LUMUT
32200 LUMUT, PERAK.
3
SETIAUSAHA
AHMAD NADZRI B. HASHIM
NO 125 FASA 2D,32040
SERI MANJUNG, PERAK.
012-4761583
PENIAGA
4
BENDAHARI

FATIMAH SHAM BT. AHMAD
LOT 3175 PERSIARAN
VENICE, MANJUNG 8,
DESA MANJUNG RAYA
32040 SRI MANJUNG,
PERAK.
019-5644811

PENOLONG BENDAHARI
UiTM SHAH ALAM
(BERSARA)
5
AJK
ABU BAKAR BIN OMAR
019-5591847
GURU AGAMA
6
AJK
HJH HAMINAH BT. ISMAIL
019-2716256
KETUA JURURAWAT (BERSARA)
7
AJK
HJ YAHYA B. MAT NOR
019-5752356
KONTRAKTOR
8
AJK
HABIL BIN HASSAN
013-4363097
GURU
SMK SERI MANJUNG
PERAK
9
AJK
NORHAYATI BT. ABDULLAH
013-4885393
SURIRUMAH
10
AJK
MOHD ZA'EEM BIN ZAID
019-4117317
PENDAKWAH BEBAS
11
AJK
UST. MAZLAN B. YUSUF
017-5228480
GURU AGAMA
PENDAKWAH BEBAS
12
AJK
YM TENGKU HARIFFADZILLAH
B. TENGKU AHMAD
019-3867344
PENIAGA






SISTEM PENDIDIKAN

            Syarat Pelajar

Pelajar tidak dihadkan usianya, serta boleh menguruskan diri, terdiri dari warga emas, mualaf, anak yatim, generasi muda dan belia yang boleh mengikuti pembelajaran dan pengajaran serta mengikut undang-undang yang sedia ada. Mualaf dan anak yatim yang miskin diberi biasiswa.


Kategori Pelajar

Pelajar terdiri dari kategori:

1.      Pelajar-pelajar yang menetap di Pondok
2.      Pelajar-pelajar yang berulang alik
3.      Pelajar-pelajar yang belajar di musim cuti sekolah dan semester
4.      Pelajar-pelajar berkala (menyertai kem, kursus)


Sistem Pengajian
Sistem pengajian kami terbahagi kepada dua kategori:

1.      Program Wajib Kepada Setiap Pelajar

a.       Program Tahsin Al Quran
Semua pelajar akan melalui program Tahsin Al Quran, tumpuan diberikan kepada pembacaan Al Quran mengikut tajwid dan sebutan makhraj huruf yang betul.

b.      Program Tafqih Al Quran
Mengetahui makna-makna ayat Al Quran yang diterjemahkan dan tafsirannya, sebab turunnya ayat dan ilmu berkaitan dengan Al Quran.

c.       Program Fardhu Ain
Terdiri dari subjek-subjek Teras seperti Tauhid, Feqah dan Tasauf.

d.      Program Tafqih Al Hadis
Mempelajari 40 hadis asas Islam dan mengahafal hadis-hadis tersebut.

2.      Program Takhasus

Program ini ialah khusus untuk pelajar yang berkemampuan untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi.

a.       Program Talaqi
Program ini ialah berdasarkan kepada Sistem Pondok iaitu pembelajaran kitab-kitab di dalam bahasa arab secara talaqi dan moden terdiri dari Nahu, Saraf, tauhid, feqah, tasauf, tafsir, hadis, usul feqah, mustalah Hadis dan lain-lain.

b.      Program Tahfiz Al Quran
Program ini ialah untuk pelajar-pelajar yang terpilih dan berkemampuan menghafal 30 juzuk Al Quran.

c.       Program Menghafal Surah-Surah Pilihan
Program yang diwajibkan kepada pelajar Takhasus.

d.      Program Akademik
Program tusyen subjek-subjek teras akademik seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Bahasa Arab sebagai persediaan unutk mengambil SPM.




GURU & PELAJAR

Jumlah Tenaga Pengajar Pondok ialah seramai lima orang yang takhasus dibidang ilmu-ilmu Syariah dan Tahfiz Al Quran, dan tenaga sokongan guru akademik dari luar dan para pelajar yang terdiri dari dewasa (warga emas) dan pelajar pondok dan tahfiz, terbahagi kepada 2 kelas seperti berikut;

  1. Kelas Umumi (dewasa) = 60 orang lelaki dan perempuan
  2. Kelas Takhasusiah           = 28 pelajar (18 lelaki dan 10 perempuan)




INFRASTRUKTUR

            Keluasan tanah seluas 4.5 ekar dirancang untuk dibangunkan, selain dari bangunan yang sedia ada ialah sebuah banglo 7 bilik yang telah dibaik pulih yang akan dijadikan penempatan bagi pelajar puteri dan warga emas perempuan dan sekarang ini dijadikan Dewan Kuliah dan satu bangunan bangsal kilang telah diubahsuai menjadi surau dan asrama pelajar lelaki sementara sebuah garaj kereta yang akan diubahsuai untuk dijadikan kantin.






LOKASI

Pondok ini beroperasi di atas tanah seluas 2.5 ekar yang diwakafkan oleh Julia bt Syaari dan suami beliau Ishak yang terletak di Lot 1170, Tg. Kepah Batu 8 Lekir, 32020 Sitiawan Perak Darul Ridzuan dan akan diproses untuk diwakafkan di bawah MAIP serta akan dibangunkan di Lot tanah 1169 (2.0 ekar) yang diwakafkan oleh anak-anak Osman.